Rabu, 28 September 2011

Syawal Terakhir 2011

Assalamualaikum WBT..

Hampir sebulan lebih tak update blog kan. Kemasalan selalu melanda + sekarang kelas sudah stat. Haruslah feeling2 rajin u olls. Okay, hari ini merupakan hari terakhir bagi bulan Syawal 2011 atau Raya pada tahun ini bersamaan 29 Syawal 1432H / 28 September 2011. Alhamdulillah, masih lagi bernafas hingga ke detik ini. Semoga dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan + Syawal yang akan datang. INSYAALLAH.


Oleh itu saya di sini dengan rasa rendah diri ingin :-

Rabu, 10 Ogos 2011

IKLAN : JOM BELI BARANG RAYA DI PUTRAJAYA

Hari ni, saya nak buat iklan sket. Hehe. Saya pasti, ramai u olls di luar sana tengah sibuk utk shopping barang raya kan??! Maklumla, seme orang nak 'vogue d vasss'!! Kat Putrajaya, bleh dikatakan every year akan ada jualan dari KPDNKK & saya pernah pergi sebelum ni, barang2nya pon ok la..ada sale walaupun xbrapa banyak pilihan..ehe..tryla usha, kot2 ada yang berkenaan + jimat duit sket..jom sama2 shopping!!




Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menganjurkan satu program Jom Beli Barang Raya di Putrajaya ( Jualan Terus dari Kilang). Marilah kite beramai-ramai menyerbu disana..

Tarikh : 10 Ogos hingga 14 Ogos 2010 (Rabu hingga Ahad)
Masa : 10 pagi hingga 10 malam
Tempat : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar Ramadhan)

Untuk makluman, pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa. Antara jenama-jenama produk yang dijual adalah Snails, Jeep, Bebes Homes, Adidas, Nike, Hamster Kids Wear, Disney Pooh, tenderly, Baby Looney Tunes, Elle, Pierre Cardin, Crocodile, Camel Active, Poney, Modernmum, Larrie, Allain Delon, Bill Keith & Paula Moda, Lumberjacks, Noor Arfa, King Koil, Goodnite, Sri Nona, Adabi, Julie's, Dutch Lady, Pepsi, Nestle, Panasonic, Canon, Nikon, Sony, Samsung, LG, Diesel, Elizabeth Arden, Giorgio Armani, The Body Shop, Tupperware, Akemi dan banyak lagi.

Isnin, 1 Ogos 2011

Salam Ramadhan

Memandangkan hari ini hari pertama kita berpuasa, saya disini ingin mengucapkan SALAM RAMADHAN buat semua. Semoga kita memperoleh keberkatan dan mempertingkatkan ibadah kepada ALLAH S.W.T. Saya juga ingin memohon maaf kepada rakan-rakan atas segala kesalahan samada sedar atau tidak sedar. Jgn plak korang makan berlebih2..dan jgn lupa niat puasa dan solat tarawikh =)



"SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN LEPAS. AMIN."

Rabu, 27 Julai 2011

Tanah Tumpahnya Darahku

Setelah game Malaysia vs Singapura pada Sabtu lepas, sekali lagi perlawanan timbal-balik akan diadakan pada esok, iaitu 28 Julai 2011 dan secara rasminya, saya pon akan hadir (tiket pon da beli) ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menyaksikan perlawanan yang bersejarah itu. Walaupun dalam perazaman utk tidak ke sana lagi (SNBJ), setelah handphone hilang tika game Negara menentang Sang Garuda pada piala Suzuki AFF lalu. Hehe. Sekarang, sangat bersemangat menanti game pada esoknya, dan rakan-rakan sekalian, mohlah kita menyerbu SNBJ dan memberikan semangat kepada skuad negara, semoga kita berjaya ke peringkat sepenuhnya. AMIN.






p/s : Ooo yea, berhati2 lah dalam perjalanan dan jaga barang anda dengan baik, jgn buat onar sewaktu menonton..Dalam mood patriotik, lantas DP FB saye pon dah tukar pic ni. Haip!! Ni bukan tucen okayy...tapi HARIMAU yang cute...ngegege..




Jumaat, 22 Julai 2011

Ramadhan Al-Mubarak..

Alhamdulillah...bulan Ramadhan pon dah dekat..Semoga dipanjang umur untuk bertemu Ramadhan lagi YA ALLAH... (hidup mati tak bleh diduga kan)..


Sempena menyambut Ramadhan yang bakal tiba, kali ni saya nak kongsi dgn u olls tentang FADHILAT di BULAN RAMADHAN...jom tambah pengetahuan & selamat beramal =)


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Notakaki : Berhasrat mau memasak sendiri untuk berbuka puasa + bersahur bsama2 housemate sekalian dan pergi semayang tarawikh (surat bwh umah je)...d samping itu, semoga diri sndiri berubah utk mendapat pahala yg banyak..ekekeke..InsyaALLAH...

Rabu, 13 Julai 2011

K O R E A..

Salam pagi dan selamat hari rabu buat semua..semoga hari ini mendapat keberkatan dan bertambah baik dari hari2 lepas...eceh!!

Okay, sebenanya dah lama xmenuai kat blog nie. Sampaikan 'password' sendiri pon dah lupa..eh! kata password lupa, cane plak bleh menuai kan?? Hurm, yerla..pas godek2, try 'n' error..baru la lepas niee..alhamdulillah..huhu..

Sebenanya, banyak mende yang sy nk kongsi pada u olls..tp, ada ke yang membacanya?? Wahaha..xpela, asalkan boleh me'sharing'..kan!!

Korang penah layan korea tak? Yea, tipula pada sapa yang xpenah kan..i mean, tgk cite mahupun dgr lagu korea. Tp, sblm ni saya penah layan jugak, masa tu di alam POLITEKNIK. Teringat plak kisahnya, my fren, ALONG penah bawak CD FUllhouse (time tu mmg glemer citenya) kat umah sewa kitorang, lepas tu, pakatla seme layan korea. Bdk2 ni, sampai menangis2 pon ada. Sape nangis?? SAYA? Ohh! Tidak..saya yang gagah lagi macho nie, mana nak nanges depan2 org..blakang2 adala..(hahahhaa..pengakuan xclusif). Okay..lepas tu tibe2 demam korea dah menular, dan seme org pakat nak jadi mcm korean aje (sbb derang encem + cumel). Dan demam itu dibawa arus begitu sahaja.

Alhkisahnya, ini terjadi lagi bermula dua minggu lepas..iaitu UMIE (mak) saya, dye pegi sewa CD2 Korea. Mmg dah hobi beliau utk menengok cite2 nie. Sblm ni, saya xpenah nak join pon sehinggakan hari itu. Maklumla, akibat kesibukan diri, mana sempat nak layan cite2 nie. Plak tu, punyala byk CD yang nak kene tgk kan. Ini berlanjutan sampaikan saya layan cite2 pakai U-TUBE..tp byk lagi sebenanya sumber2 laen yg korang bleh tgk. Tp pada masa tu terpikir u-tube aje la. Sampaikan pukul 6.30 pagi (hari minggu la), bleh tercongok lagi tgk cite2 nie. Hehehe..PC kat opis ni plak, tibe2 pasang lagu korea, sampaikan 'colleague' kata, "Sejak ble plak jadi K-POP nie?" ngegegege...Ok la, itu aje yg nk cite.. =)

p/s : Sekarang sy baru abes layan cite nie (SECRET GARDEN), citenya tersangat besh, swit ada, sedih ada, gumbira ada..pendek kata, seme ada la..(pnjg xkata ape2??). Kalo fre2 nanti, cube korang tgk..SARANGHAE =)


LAYAN LU SKALI

Isnin, 18 April 2011

Haru Biru jugak ke??

As Salam buat rakan2 mahupun secara realiti @ di alam maya..dan berminggu2 tak menghapdet blog saye nie..


Okay, kat cni saya ada kisah utk diceritakan. Ini juga berikutan kisah one of my fren iaitu Kak CT yang telah menceritakan kisah Haru Birunya di Hari Sabtu..Saya juga ada cerita yang lebih kurang sama, tp berlaku kira2 bulan lepas..bak kate HKLBR ce cite..ce cite..


Okay, kisahnya berlaku kira2 bulan lepas..hari tu hari Ahad (ari minggu dan masa tu baru balik dari menghantar klasmate saye kat umah dye d P9 Putrajaya setelah kitorang mengelaskan diri kat UiTM Puncak Perdana). Tgk pada meter, minyak da nk abes..so, saya berkira2 ke stesen petronas yang berdekatan. Dan2 sampai kat stesen tu, saya kunci pintu (pakai alarm) dan terus ke tmpt pembayaran, pas bayar, terus ke kereta. Masa tue, saya dah bukak tmpt isi minyak, saya letak le kunci kete, purse dlm sit tmpt duduk depan sebelah penumpang. Then, saya terus mentutup pintu kete (kononnye xnk bau minyak smpi dlm kete la). Nasib balik la hanphone dlm poket jeans masa tue.



Mmg saya sedia maklum, alarm kereta sy ni mereng sedikit, kadang2 suke terkunci sendiri. Lepas je saya ttp pintu kete, xsampai 10 saat...tuupppp!!! pintu terkunci sendiri. Terkial2 saya nk bukak pintu xbleh..Tp, oleh sebabkan saya ni gagah dan nk control 'macho' saya sempat la jugak isi minyak yang berjumlah RM50 itew.. Selesai je isi minyak, saya dah tersegih2 kat abang kereta blakang. Mintak tlg dye, camane nk bukak pintu. Then, abang tu try tekan dye punye alarm (konon2 pintu kete saya leh terbuka la)..ahaha..mane leh la bang..laen kete, laen alarmnyee...Then, kebetulan ada mat bangla (keje kat stesen minyak situ la), saya minta tlg..tp xleh gak ditolongnyee..aksinya sebijik mcm Remy Ishak 'kicik punye hal' dlm cite nie.


Dalam buntu2 tu, masih sempat lepak tepi stesen minyak, sambil call2 rakan2 yang ada. Tp masih hampa sebab2 masing2 xangkat tepon, kebetulan kunci spare adalm dlm bilik (di rumah) dan kunci rumah plak dlm kereta :(



Pastu, Call my housemate VINO & KAK ILA. Vino masih di PD (kg beliau) dan K.Ila is on her way going back to Putrajaya (from Sromban, nenda's house). Fuhhhh!!! Nasib baik la..tp mesti kene tgu dlm 40min lagi katenya..okay, dengan sabarnya saya menunggu kat tepi petronas tu..hujan mula rintik2!!!


~owhh!! gambr nie tipu, sbb time tu saya xde payung..ngeee~



Okay, berbalik kepada cerita kita tadi..masa berlalu begitu pantas, terlihatla kelibat kereta K.ila kat situ..kitorang cuba bukak pintu tu (kononnya nk umpil). Seme pakat suh guna pembaris besi panjang?? Whatt?? Pembaris besi panjang?? Yesss!! Pembaris tu boleh digunakan utk membuka pintu yang telah berkunci (Tp bukan semua org pandai buat & saya sndri pon xpandai buat) ekekeke...Pastu, mintak tlg polis (berkereta) yang kononnya sedang meronda kat area tu. Tp, bleh plak polis tu suh panggil bomba..what thee...SABO JE LA..keputusannya, kami balik umah utk amik kunci kete spare, dan biarkan KODOK (kereta) saya kesorangan kat Petronas tu..nasib balik jam menunjukkan kul 9++ malam. Sesampainya di rumah, pintu bilik saya plak yang berkunci (maklumla, saya ikut sesuka atije..kalo rasa nak kunci, kuncila..kalo x, biar terkangkang mcm tu je..). Tp xdela mende2 yang berharga sgt kat bilik tu. Kurang2 pon, katil ngan almari yang buruk..ekeke..



Okay, misi seterusnya, cuba bukak pintu bilik. Cuba2 godek tp xberjaya membuatkan saya perlu ketuk ngan tukul. Dengan kuasa hebat "aura langit ke enam", akhirnya dapat gak pintu dibuka dengan sekali ketukan. Hehhee..alhamdulillah, nasib baik..Amik kunci spare je, gegas ke kereta plak. Nasib baik kunci berfungsi dengan baik. Okay, seterusnya pulang ke rumah bersama KODOK.


Hah!! tu je yg saya ingin ceritakan. Panjang lebar sgt ceritanya kan. Maklumla, kalo boleh, satu saat pon saya xnak miss utk berkongsi dengan rakan2 sekalian (ceh!! ayat mcm bdk skolah plak).



Lepas terjadinya perkara ni, xberani da saya nak tinggak kunci dlm kete mcm tu je..takut ter'lock' sndri :))

Rabu, 2 Mac 2011

Wajah baru!!!

As salam semua..
Yeay!! blog saya dah bertukar wajah..msti kamu-kamu merasa bosan stiap kalo "view" blog saya kan?? Chantik tak?? Now, dah lain ckit..nnti lama2 pon bosan lak..pastu tukar lagi..hurmmm, sama juga dgn kehidupan kita..mcm roda kan??!! Okay, lepas ni INSYAALLAH saya akan rajin-rajin tulis-tulis dlm blog ini yea...teruskan membaca...ngeee :)

~Gambar senyum ~

Selasa, 18 Januari 2011

Ada apa dengan Cinta

Cinta..

Cinta??


Apa yang korang paham pasal perkataan C I N T A nie...hurm, aku sendiri pon kurang memahami ape dan bagaimana perasaan sebenarnya..samada aku sendiri melaluinya ataupun tidak..malam ni seperti jiwang sedikit kan?? Huh!! Biasala, fenomena dunia..dan manusia telah dikurniakan perasaan..cuma masing2 perlu mengisinya dengan penuh bermakna...sebut pasal cinta nie, teringat plak ADA APA DENGAN CINTA..satu cerita dari Indonesia tatkala aku masih di alam teknik (persekolahan)..

Selasa, 4 Januari 2011

~Selamat Tahun Baru 2011~



POM!! POM!! POM!!!
(kononnya bunyi percikan bunga api)
Salam 1Malaysia buat followers & bloggers sekalian...sekian lamanya xupdate blog nie..last entry pon bulan puasa tahun lepas kan??? Eh!!! tahun lepas...cepatnya masa berlalu...then, tatkala entry ni ditulis sudah menjengah ke 4 Januari 2011. TAHNIAHHH!!!

Alhamdulillah, masih bernafas hingga ke hari ini..rasanya, masih xlewat lagi utk sy ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011" dah berharap semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun2 lepas dari semua sudut...yeah!! INSYAALLAH..so, apa azam baru u olls?? Sy xberazam beriya sgt, sbb byk menda perlu dibaiki...


Tahun baru, haruslah bukak chapter baru kan...tp, jgn dilupa yg lepas2 untuk dijadikan teladan/sandaran. Well, byk lagi yg perlu sy kongsikan di sini, jika berpeluang akan sy ceritakan nnti..so, rajin2 la menjengah ke blog saya yea...

p/s : lakukan yang terbaik dalam hidup (kata-kata semangat utk tahun baru) peace!!