Rabu, 27 Julai 2011

Tanah Tumpahnya Darahku

Setelah game Malaysia vs Singapura pada Sabtu lepas, sekali lagi perlawanan timbal-balik akan diadakan pada esok, iaitu 28 Julai 2011 dan secara rasminya, saya pon akan hadir (tiket pon da beli) ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menyaksikan perlawanan yang bersejarah itu. Walaupun dalam perazaman utk tidak ke sana lagi (SNBJ), setelah handphone hilang tika game Negara menentang Sang Garuda pada piala Suzuki AFF lalu. Hehe. Sekarang, sangat bersemangat menanti game pada esoknya, dan rakan-rakan sekalian, mohlah kita menyerbu SNBJ dan memberikan semangat kepada skuad negara, semoga kita berjaya ke peringkat sepenuhnya. AMIN.






p/s : Ooo yea, berhati2 lah dalam perjalanan dan jaga barang anda dengan baik, jgn buat onar sewaktu menonton..Dalam mood patriotik, lantas DP FB saye pon dah tukar pic ni. Haip!! Ni bukan tucen okayy...tapi HARIMAU yang cute...ngegege..




Jumaat, 22 Julai 2011

Ramadhan Al-Mubarak..

Alhamdulillah...bulan Ramadhan pon dah dekat..Semoga dipanjang umur untuk bertemu Ramadhan lagi YA ALLAH... (hidup mati tak bleh diduga kan)..


Sempena menyambut Ramadhan yang bakal tiba, kali ni saya nak kongsi dgn u olls tentang FADHILAT di BULAN RAMADHAN...jom tambah pengetahuan & selamat beramal =)


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Notakaki : Berhasrat mau memasak sendiri untuk berbuka puasa + bersahur bsama2 housemate sekalian dan pergi semayang tarawikh (surat bwh umah je)...d samping itu, semoga diri sndiri berubah utk mendapat pahala yg banyak..ekekeke..InsyaALLAH...

Rabu, 13 Julai 2011

K O R E A..

Salam pagi dan selamat hari rabu buat semua..semoga hari ini mendapat keberkatan dan bertambah baik dari hari2 lepas...eceh!!

Okay, sebenanya dah lama xmenuai kat blog nie. Sampaikan 'password' sendiri pon dah lupa..eh! kata password lupa, cane plak bleh menuai kan?? Hurm, yerla..pas godek2, try 'n' error..baru la lepas niee..alhamdulillah..huhu..

Sebenanya, banyak mende yang sy nk kongsi pada u olls..tp, ada ke yang membacanya?? Wahaha..xpela, asalkan boleh me'sharing'..kan!!

Korang penah layan korea tak? Yea, tipula pada sapa yang xpenah kan..i mean, tgk cite mahupun dgr lagu korea. Tp, sblm ni saya penah layan jugak, masa tu di alam POLITEKNIK. Teringat plak kisahnya, my fren, ALONG penah bawak CD FUllhouse (time tu mmg glemer citenya) kat umah sewa kitorang, lepas tu, pakatla seme layan korea. Bdk2 ni, sampai menangis2 pon ada. Sape nangis?? SAYA? Ohh! Tidak..saya yang gagah lagi macho nie, mana nak nanges depan2 org..blakang2 adala..(hahahhaa..pengakuan xclusif). Okay..lepas tu tibe2 demam korea dah menular, dan seme org pakat nak jadi mcm korean aje (sbb derang encem + cumel). Dan demam itu dibawa arus begitu sahaja.

Alhkisahnya, ini terjadi lagi bermula dua minggu lepas..iaitu UMIE (mak) saya, dye pegi sewa CD2 Korea. Mmg dah hobi beliau utk menengok cite2 nie. Sblm ni, saya xpenah nak join pon sehinggakan hari itu. Maklumla, akibat kesibukan diri, mana sempat nak layan cite2 nie. Plak tu, punyala byk CD yang nak kene tgk kan. Ini berlanjutan sampaikan saya layan cite2 pakai U-TUBE..tp byk lagi sebenanya sumber2 laen yg korang bleh tgk. Tp pada masa tu terpikir u-tube aje la. Sampaikan pukul 6.30 pagi (hari minggu la), bleh tercongok lagi tgk cite2 nie. Hehehe..PC kat opis ni plak, tibe2 pasang lagu korea, sampaikan 'colleague' kata, "Sejak ble plak jadi K-POP nie?" ngegegege...Ok la, itu aje yg nk cite.. =)

p/s : Sekarang sy baru abes layan cite nie (SECRET GARDEN), citenya tersangat besh, swit ada, sedih ada, gumbira ada..pendek kata, seme ada la..(pnjg xkata ape2??). Kalo fre2 nanti, cube korang tgk..SARANGHAE =)


LAYAN LU SKALI